BM | EN | 中文

Lelaki ditemukan lemas di Sungai Tebrau

lelaki-ditemui-lemas-mandi-sungai-tebrau.jpg

Gambar Ehsan FB Komuniti Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 MAC: Seorang lelaki ditemui mati lemas ketika mandi di Sungai Tebrau sebelum mayatnya dijumpai di bawah jambatan di Jalan Desa Mutiara, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Pegawai Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata, mangsa keluar rumah sejak pukul 10 pagi semalam bersama dua rakannya duduk di bawah jambatan tersebut.

Kata Shamsul Khomari, mangsa dipercayai mandi di bawah jambatan itu selepas dua rakannya pulang meninggalkan kawasan tersebut.

Advertisement

“Mangsa yang tidak pulang ke rumah hingga lewat malam menyebabkan keluarga lelaki itu risau dan bertanyakan kepada jiran-jiran termasuk seorang pemancing yang baru pulang dari sungai tersebut.

“Pemancing berkenaan memaklumkan ahli keluarga mangsa semasa dia pulang ke rumah lelaki itu masih mandi di bawah jambatan,” katanya.

Mayat S. Parthiban, 28, dijumpai pada jarak 20 meter dari lokasi kejadian pada pukul 11.24 malam oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor.

Advertisement

Keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Dato’ Onn malam tadi disusuli 12 anggota dari BBP Tebrau dan BBP Skudai dikejarkan ke tempat kejadian.

Setiba pasukan bomba di tempat kejadian, anggotanya mendapati baju, selipar dan motosikal mangsa masih berada di tebing sungai tersebut.

Katanya pasukan PPDA melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) di sungai itu pada kedalaman kira-kira empat meter.

Advertisement

“Kita membuat pencarian di sekitar kawasan sungai dengan menggunakan teknik surface searching dan mayat mangsa ditemukan dalam dasar sungai tersebut,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat dan operasi ditamatkan pada pukul 3.17 pagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top