BM | EN | 中文

Lelaki ditemui tidak bernyawa dalam kereta

IMG-20200108-WA0005.jpg

Mangsa didalam kenderaan tersebut ditemui tidak bernyawa.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 JAN : Seorang lelaki ditemui tidak bernyawa di dalam keretanya yang berkunci di kawasan parkir Giant Plentong, di sini, petang semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Sufian Mohd Lis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 6.04 petang.

“Ketika sampai di lokasi kejadian didapati benar terdapat sebuah kereta jenis Toyota Hilux di kawasan tempat letak kereta dalam keadaan hidup dan terkunci.

Advertisement

“Terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri di dalam kereta tersebut. Kita bertindak memecahkan tingkap kereta selepas melihat mangsa berada di tempat duduk belakang dalam keadaan mulut berbuih putih.

“Anggota turut membuat bantuan pernafasan kepada mangsa sehingga pihak hospital sampai di lokasi. Bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa berusia 34 tahun kemudiannya diserahkan kepada pihak hospital untuk urusan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 6.36 petang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top