KULAI, 19 JAN : Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan menerusi serbuan di sebuah rumah di Jalan Nuri 32, di sini, awal pagi tadi kerana memiliki 23 kotak mercun pelbagai jenama, kira-kira jam 12.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, hasil siasatan mendapati, suspek tidak mempunyai permit memiliki dan menjual mercun tersebut.
“Tangkapan dan rampasan telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk siasatan lanjut.
“Suspek akan dihadapkan di hadapan Majistret Kulai di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
JohorKini