BM | EN | 中文

Lelaki ditahan sebar berita palsu virus Novel Koronavirus

fake-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 JAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Media Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang suspek yang disyaki menyebar kandungan berita palsu mengenai penularan wabak Novel Koronavirus kira-kira jam 4 petang, semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MCMC dalam Facebook rasminya, suspek, 34 tahun telah ditahan di rumahnya di Bangi, Selangor untuk membantu siasatan terhadap kandungan yang dimuat naik di laman facebook mengenai wabak Novel Coronavirus didapati palsu, pada 26 Januari lepas.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MCMC, Kamalavacini Ramathan berkata, turut dirampas adalah telefon bimbit, dank ad sim milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik kandungan tersebut di laman facebook.

Advertisement

“Tindakan tegas ini merupakan usaha MCMC dan PDRM untuk mengawal penyebaran berita tidak sahih mengenai wabak ini oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga menggugat ketenteraman awam”

“Suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” katanya.

Advertisement

Pada 27 Januari lepas MCMC bersama PDRM telah memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang menyebarkan kandungan, khabar angina atau berita tidak sahih mengenai penularan Novel Coronavirus di Malaysia.

Penyebar khabar angin atau berita dengan niat menyebabkan ketakutan awam pula boleh didakwa di bawak Seksyen 5050 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua Tahun atau denda atau kedia-duanya, jika disabitkan kesalahan.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top