BM | EN | 中文

Lelaki ditahan di Johor Bahru bantu siasatan kes bunuh bekas isteri

garisan-polis-tangkapan-jenayah-bunuh.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 JUL: Seorang lelaki direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh bekas isterinya berusia 27 tahun di sebuah rumah di Taman Ehsan Jaya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Ismail Dollah, berkata suspek berusia 32 tahun, yang juga bekas suami mangsa ditahan pada 15 Julai dan direman mulai semalam selepas ditahan di lokasi kejadian.

Ismail berkata pihaknya menerima panggilan daripada lelaki tersebut pada jam 3.20 petang dengan memaklumkan penemuan mayat mangsa di bilik utama di tingkat dua rumah tersebut.

Advertisement

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati dibunuh dan pihak polis telah menahan bekas suami mangsa yang berada di tempat kejadian untuk membantu siasatan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau, bagaimanapun berkata setakat ini pihaknya masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa memandangkan tiada senjata ditemukan di tempat kejadian.

Ismail berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah dan pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat.

Advertisement

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top