BM | EN | 中文

Lelaki disyaki warga Nepal ditemui mati di Kulai, dipercayai dibunuh

garisan-polis-tangkapan-jenayah-bunuh.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 JUL: Seorang lelaki dipercayai rakyat Nepal ditemukan mati dibunuh di kaki lima premis perniagaan di kawasan Indahpura, dekat Kulai semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat tanpa dokumen pengenalan diri itu menerusi panggilan telefon pada kira-kira 4.20 pagi.

“Pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang melakukan pemeriksaan ke atas mayat terbabit mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian mata sebelah kanan, beberapa kesan lebam pada bahagian muka serta kesan darah keluar daripada mulut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisement

Tok berkata siasatan di lokasi kejadian tidak menjumpai sebarang objek atau senjata namun, pihaknya tidak menyangkal kemungkinan lelaki itu terlibat dalam pergaduhan sehingga mengakibatkan kematiannya.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk bedah siasat dan hasil laporan perubatan mendapati kematiannya disebabkan kecederaan dipukul dengan objek keras tumpul pada bahagian abdomen.

“Susulan daripada itu, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan tiga lelaki rakyat Nepal berumur 27 hingga 37 tahun, antara 11.30 pagi dengan 12.30 tengah hari semalam di Jalan Seroja 4, Kawasan Perindustrian Indahpura dan Jalan Teratai 36/43 Indahpura, Kulai bagi membantu siasatan lanjut berhubung penemuan mayat berkenaan,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata kesemua mereka kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top