BM | EN | 中文

Lelaki dikhuatiri lemas ketika cari ketam dekat Gelang Patah

Lelaki-dikhuatiri-lemas-ketika-cari-ketam-gelang-patah.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 24 MEI: Seorang lelaki dikhuatiri hilang ketika mencari ketam di kawasan paya Kampung Melayu Dapur Arang, Gelang Patah sejak Jumaat lalu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Mohd Khairi Zainuddin berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu menerusi panggilan kecemasan Pusat Gerakan Operasi (PGO) pada jam 5.37 petang Ahad.

Menurut beliau, sebuah jentera FRT dari BBP Iskandar Puteri dengan kekuatan lapan anggota telah dihantar ke tempat kejadian bagi mencari mangsa.

Advertisement

“Identiti mangsa yang dilaporkan hilang sudah dikenal pasti iaitu Zulkifli Amin berusia 56 tahun.

“Mangsa dipercayai hilang ketika mencari ketam Jumaat lalu di kawasan paya tetapi laporan kehilangan telah dibuat pada Ahad,” katanya, lapor Sinar Harian.

Katanya, tindakan awal operasi dilakukan dengan membuat pencarian di sekitar kawasan yang dipercayai mangsa hilang menggunakan dron persendirian milik anggota bomba dan menyusur sungai untuk mengesan jejak mangsa.

Advertisement

“Namun usaha terbabit menemui jalan buntu. Pencarian diteruskan pada pagi Isnin bermula jam 7.30 pagi.

“Operasi pencarian dibantu oleh unit Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Johor,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top