BM | EN | 中文

Lelaki di Simpang Renggam ditahan bersama 2,390 karton rokok seludup

Lelaki-ditahan-bersama-2390-karton-rokok-seludup.jpg
Advertisement

KLUANG, 13 MAC: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki serta merampas 2,390 karton rokok seludup pelbagai jenama di Taman Mega, Simpang Renggam, Kluang pada Khamis.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, lelaki tempatan berusia 43 tahun itu ditahan pada jam 12 tengah hari.

“Rokok pelbagai jenama yang tidak mempunyai cukai kastam itu ditemukan dalam sebuah kereta Proton Wira dan juga dalam rumah.

Advertisement

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM460,000. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Terdahulu, Dimin dilaporkan Sinar Harian turut menyeru orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top