BM | EN | 中文

Lelaki di Kota Tinggi ditahan kali kedua simpan burung murai batu

murai-batu.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 JAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) menahan seorang lelaki serta merampas 97 ekor burung murai batu termasuk 35 yang sudah mati dalam satu operasi di Felda Bukit Waha, dekat Kota Tinggi semalam.

Pengarah Perhilitan Johor Salman Saaban berkata suspek berumur 43 tahun tersebut ditahan selepas didapati menyimpan burung berkenaan tanpa dokumen yang sah.

“Lelaki tersebut pernah ditahan pada 9 Dis tahun lalu di Teluk Ramunia kerana cuba menyeludup burung murai batu ke negara jiran melibatkan rampasan sebanyak 260 ekor burung berkenaan.

Advertisement

“Kes itu masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salman berkata kesemua rampasan dibawa ke Pejabat Perhilitan Bandar Penawar, Johor untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top