BM | EN | 中文

LELAKI CUBA CURI KOMPONEN, ROSAKKAN ASET KTMB DITAHAN 

LELAKI-DITAHAN-CUBA-CURI-KOMPONEN-ROSAKKAN-ASET-KTMB-2.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 OKT : Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri komponen dan merosakan aset Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Kampung Tiram dekat Iskandar Puteri, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asistan Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek ditahan kira-kira jam 10.30 pagi semasa pengadu dan polis bantuan terserempak dengan sekumpulan lelaki yang dalam keadaan mencurigakan.

Antara barangan yang cuba dicuri suspek

“Pengadu telah ternampak lebih kurang enam suspek lelaki telah menceroboh dan cuba membawa keluar besi daripada landasan kereta api.

Advertisement

“Salah seorang suspek berusia 40 tahun berjaya ditangkap bersama barang-barang yang cuba dibawa keluar daripada stesen kereta api,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, susulan itu polis merampas pelbagai barangan antaranya dua unit tangga besi, dua unit pemegang besi (handle bar steel),satu unit pemutar skru, tiga unit sepana pelbagai saiz dan satu batang aloi.

Katanya, pengadu telah membawa suspek dan barang rampasan ke Balai Polis Tanjung Kupang untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan, Seksyen 64 (1)(a) Akta Keretapi 1991 dan Peraturan 25(1 )(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top