BM | EN | 中文

Lelaki cedera lori dinaiki terbabas dan terbalik

IMG-20200118-WA0007.jpg
Advertisement

KULAI, 18 JAN : Seorang lelaki cedera selepas lori jenis Hino membawa muatan minyak sawit dinaiki terbabas dan terbalik dalam kemalangan berlaku di kilometer 13.0 Lebuhraya Utara Selatan, Arah Selatan, pagi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Mohamad Haitimi Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kejadia itu pada jam 11.04 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori jenis Hino membawa muatan minyak sawit terbabas dan terbalik.

“Terdapat seorang mangsa berusia 50 tahun di tempat duduk pemandu tersepit. Tindakan operasi mengeluarkan mangsa tidak dapat dijalankan sehingga ketibaan kren untuk mengalihkan lori tersebut dan mangsa berjaya dikeluarkan.

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa dengan peralatan khas rescue tool,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulan dan dihantar ke Hospital Kulai untuk rawatan lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top