BM | EN | 中文

Lelaki cedera ditikam jiran dalam pergaduhan di Permas Jaya

Lelaki-cedera-ditikam-jiran-dalam-pergaduhan-Permas-Jaya-Johor.jpg

Gambar Ehsan FB Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JUL: Seorang lelaki cedera ditikam dengan pisau oleh jirannya dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada bunyi bising ketika memasak dalam kejadian di Taman Permas Jaya, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian pada jam 1.15 tengah hari sebelum sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati mangsa yang berusia 50-an cedera di perut akibat ditikam dipercayai oleh jirannya yang juga seorang lelaki berusia 40-an.

Advertisement

“Maklumat awal diterima, punca pergaduhan kerana memarahi mangsa yang dikatakan membuat bising ketika sedang memasak bersama rakan serumahnya.

“Susulan itu, kita menahan suspek pada hari yang sama jam 2.45 petang di sekitar kawasan kejadian,” katanya, lapor Sinar Harian.

Jelasnya, suspek kini direman selama empat hari sehingga 23 Julai ini dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Advertisement

Tambah Mohd Padzli, mangsa dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital di bandar raya itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top