KULAI, 12 DIS: Seorang pemandu lori berusia 60 tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah lori di Jalan Anggerik 8, Taman Anggerik, di sini pagi hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Azizan Aziz memberitahu, pihaknya mendapat maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 8.45 pagi.
“Sebaik menerima maklumat, sepasukan enam pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri dalam sebuah lori yang berkunci.
“Bomba terpaksa memecahkan cermin sisi sebelah kiri lori tersebut sebelum berjaya mengeluarkan mangsa.
“Mangsa, A Manoharan bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum mayatnya diserah kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.
Tambah Azizan, operasi tersebut ditamatkan pada jam 9.59 pagi.
JohorKini