BM | EN | 中文

Lelaki berusia 54 tahun ditemui maut di depan rumah

IMG-20191223-WA0012.jpg

Tilam yang dilaporkan terbakar

SEGAMAT, 23 DIS: Seorang lelaki berusia 54 tahun ditemui maut di kediamannya di Jalan Seri Bintang 1, Taman Sri Bintang, di sini malam semalam.

Mangsa, Mohamad Nasir Abdullah ditemui tidak sedarkan diri di depan rumah sebelum disahkan telah meninggal dunia.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, Mazuki Ismail memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 malam.

“Bomba menerima panggilan terdapat kebakaran perkakas iaitu satu unit tilam sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring di depan rumah.

“Kebakaran tersebut bagaimanapun telah padam ketika bomba tiba manakala mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top