BM | EN | 中文

Lelaki berusia 50-an alami komplikasi jantung ketika daki Gunung Ledang

IMG-20200201-WA0018.jpg
Advertisement

MUAR, 1 FEB: Seorang lelaki meninggal dunia setelah mengalami komplikasi serangan jantung ketika melakukan pendakian di Batu Hampar Gunung Ledang Resort, Tangkak, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II Seniman Idris berkata, pihaknya menerima panggilan insiden tugas khas bantuan agensi lain itu pada jam 1.51 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya pasukan operasi di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa lelaki lingkungan umur 50-an telah meninggal dunia dipercayai akibat komplikasi serangan jantung.

“Difahamkan ketika kejadian mangsa bersama sekumpulan pendaki seramai 56 orang termasuk 2 orang kanak-kanak.

“Tindakan operasi menurunkan mangsa dibantu oleh pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top