BM | EN | 中文

Lelaki berusia 35 tahun maut dalam kebakaran

IMG-20200125-WA0036.jpg
Advertisement

MUAR, 25 JAN: Seorang lelaki berusia 35 tahun maut manakala seorang wanita berusia 40-an cedera dalam satu insiden kebakaran yang berlaku Taman Sri Bakri 3, di sini pada jam 1.00 petang, hari ini.

Pegawai Bomba Kanan II, Ishak Kassim memberitahu, kebakaran yang berlaku itu memusnahkan sebuah bilik.

“Mangsa yang maut didapati rentung di dalam bilik yang dijadikan loteng di tingkat atas.

Advertisement

“Sementara itu mangsa yang cedera pula telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Ishak, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top