BM | EN | 中文

LELAKI ADA MASALAH DENGAN ISTERI CUBA AMUK DI BALAI POLIS

polis-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 OKT : Polis menahan seorang lelaki yang membawa parang panjang di Balai Polis Bukit Indah di sini petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek berusia 52 tahun datang ke balai berkenaan pada jam 3.25 petang memberitahu mengalami masalah dengan isterinya serta mengugut untuk membunuh isterinya.

“Suspek merupakan seorang tukang kebun datang dalam keadaan mengamuk dan meronta-ronta dengan membawa sebilah parang panjang yang dipegang di tangan kanan.

Advertisement

“Ekoran itu, anggota bertugas cuba tenangkan suspek tetapi suspek bertindak agresif dengan membahayakan diri meletakkan parang di lehernya sendiri.

“Hasil bantuan beberapa anggota lain suspek kemudian ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, semasa proses tangkapan dibuat anggota terpaksa menggunakan kekerasan minima kerana suspek telah bertindak agresif dan enggan berkerjasama.

Advertisement

Katanya, hasil pemeriksaan pada tubuh badan suspek mendapati terdapat sedikit kecederaan di beberapa bahagian anggota badan iaitu luka di bahagian dahi, lutut kiri dan kanan.

“Susulan itu polis merampas sebilah parang panjang berukuran 78 cm termasuk hulu berwarna merah jambu.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampu. Ketika tangkapan dilakukan suspek berada dalam keadaan mabuk.

Advertisement

“Ujian saringan air kencing akan dilakukan dan suspek juga akan direman,”katanya lagi.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top