BM | EN | 中文

Legoland Malaysia Resort optimis aktiviti pelancongan negara yang akan kembali pulih

Legoland-Malaysia-Resort.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 OKT: Legoland Malaysia Resort optimis dengan masa depan aktiviti pelancongan negara yang akan kembali pulih selepas terjejas akibat kemelut pandemik COVID-19 terutama apabila perjalanan merentas negeri telah dibenarkan semula baru-baru ini.

Pengarah bahagian CS Lim berkata pembukaan semula tarikan Legoland amat bermakna kepada perniagaan dan pekerjanya namun begitu, keselamatan tetap menjadi keutamaan

“Sambutan yang kami terima daripada orang ramai amat menggalakkan walaupun kapasiti terhad. Kami telah melihat sokongan menyeluruh danpada rakyat Malaysia, seperti pemegang pas tahunan, pelawat, kerajaan dan rakan kongsi kami.

Advertisement

“Sebahagian daripada tindak balas positif ini boleh dikaitkan dengan cara Legoland Malaysia Resort menyesuaikan din dengan normal baharu industri pelancongan,” katanya lapor Bemama.

Pengendali taman tema itu telah mengumumkan pembukaan semula secara penuh bermula 14 Okt dengan taman air mulai Rabu (27 Okt) serta hotel dan SEA Life Malaysianya

“Tetamu boleh menjangkakan beberapa peraturan di Legoland Malaysia Resort akan sedikit berbeza, dengan prosedur operas standard (SOP) dipertingkatkan untuk memastikan resort itu mematuhi standard keselamatan tertinggi tanpa menjejaskan pengalaman bermain dan pembelajaran,” jelas Lim.

Advertisement

Syankat itu juga akan melaksanakan penutupan penyelenggaraan mingguan (satu hari) untuk Taman Tema dan Taman Air Legoland, justeru. tetamu disaran menyemak hari operasi melalui laman web Legoland Malaysia Resat sebelum merancang perjalanan masing-masing.

Dalam pada itu Lim berkata untuk memastikan tetamu mereka teruja untuk melawat Legoland Malaysia Resort dalam beberapa minggu akan datang, pakej pelancongan baharu serta lanjutan tempoh sah pas tahunan disediakan.

“Selain daripada persiapan kesihatan dan keselamatan, tetamu akan dapat merasai tarikan baharu kami, Planet Legoland.

Advertisement

“la adalah pengalaman membina yang mengasyikkan yang menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka untuk melepaskan imaginasi dengan membina, merungkai serta membina sernula dunia impian – menggunakan blok Lego, tambah beliau

Melangkah ke hadapan Lim berkata syarikat bercadang memperkenalkan cara yang inovatif dan lebih banyak perkongsian bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Legoland Malaysia Resort, menggiatkan semula pelancongan di Johor sambil meningkatkan keyakinan untuk perjalanan domestik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia Resort M. Thila berharap kerajaan dapat menyediakan insentif cukai dan pelepasan cukai untuk pemain industri pelancongan bagi memulihkan industri ini selepas terjejas teruk akibat kesan daripada COVID-19.

Advertisement

Beliau juga berharap kerajaan menerusi Bajet 2022 memperuntukkan lebih banyak dana untuk promosi pelancongan dalam usaha merancakkan pelancongan domestik.

“Tahun ini kami kita bergantung kepada pelancongan domestik dan Malaysia mempunyai banyak destinasi unik untuk ditawarkan,” tambah beliau.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top