BM | EN | 中文

LEGENDA KUMPULAN METAL JOHOR KEMBALI BERGABUNG

tandus.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 DIS : Kumpulan Tandus yang pernah dikenali suatu ketika di arena muzik keras atau ‘Metal’ kini kembali bergabung dengan penampilan yang masih bertenaga.

Tandus yang berusia 25 tahun itu beraksi di City Plaza, Ahad yang lalu dalam ‘gig’ yang membariskan kumpulan metal legenda FTG, Farasu dari Kuala Lumpur dan URS dari Singapura.

Ketika ditemui, vokalis kumpulan Tandus, Nasrulhadi Ses atau lebih dikenali sebagai Acun berkata, beliau berasa gembira dengan sambutan rakan-rakan dan peminat mereka.

Advertisement

“Kita akan keluarkan album yang diberi judul ‘Skuad Pemusnah’ yang akan dilancarkan dalam masa sebulan atau dua bulan lagi dan hanya menunggu beberapa syarikat rakaman yang akan kita tanda tangan kelak.

“Setakat ini, sudah ada beberapa syarikat rakaman yang telah berminat untuk menerbitkan album kami dan ia suatu yang bermakna bagi kami.

“Saya juga berterima kasih kepada semua ahli kumpulan yang memberikan komitmen terbaik untuk menggerakkan semula kumpulan ini,” katanya ketika ditemui JohorKini.

Advertisement

Ahli kumpulan Tandus terdiri daripada, Arm sebagai gitaris, Atoi gitaris, Erwan drum, Ain bass dan Acun sebagai vokalis.

Dalam pada masa yang sama, kumpulan FTG yang turut ditemui malam itu turut beraksi sambil mempromosikan album mereka ‘Kau Jangan Kurang Ajar’.

Menurut vokalisnya, Tajul Isni Akhbar atau lebih dikenali dengan nama Tajul berkata kumpulan mereka tetap memberikan aksi dan persembahan yang menarik dan sambutan terhadap album baharu mereka agak laris.

Advertisement

“Harapan saya tinggi pada album ini. Sudah 14 tahun kami tidak keluarkan album dan permintaan banyak kerana kami tidak ada buah tangan yang baru.

“Johor adalah destinasi yang ke empat dan Johor pilihan untuk mengakhiri tahun 2019. Tahun depan kita akan buat jelajah lagi dan kami pun banyak dapat tawaran untuk konsert.

“Kami dibantu oleh pemuzik undangan bagi memudahkan kami untuk bergerak seperti pemain gitar dan drum kami,” ujarnya.

Advertisement

Kumpulan FTG yang berasal dari Perak ini membariskan ahli kumpulan seramai lima orang, Tajul sebagai vokal, Jack gitar, Jamboo dari kumpulan Def Gab C sebagai pemain gitar, Mie bass dan Shamel dari kumpulan Hidayu sebagai pemain drum.

Gig tersebut telah dihadiri seramai 200 orang peminat tegar muzik ‘metal’ dan ‘underground’ di seluruh Johor Bahru.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top