BM | EN | 中文

Lebuhraya Pan Borneo: Timbalan menteri beri jawapan kosong, bersifat mengelak

Chan-Foong-Hin.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 DIS: Timbalan Menteri Kerja Raya gagal menjelaskan perbezaan peratusan siap Pan Borneo Highway di antara Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata, kenyataan tersebut adalah jawapan kosong yang bersifat mengelak dan tidak isu sebenar.

Beliau merujuk jawapan hari ini secara lisan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith kepada soalan berhubung perbezaan peratusan siap yang sangat ketara bagi projek Pan Borneo Highway di antara Sabah dan Sarawak/

Advertisement

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Bung Moktar Radin berhubung data sehingga September 2020 mencapai 50 peratus penyiapan di Sarawak, namun di Sabah hanya diantara 18 peratus hingga 20 peratus siap.

“Timbalan Menteri berkata bahawa perbezaan peratusan siap adalah disebabkan projek lebuh raya Pan Borneo Highway di Sabah dilaksanakan selepas setahun projek itu dilaksanakan di Sarawak.

“Jawapan ini membingungkan saya sebab Pan Borneo Highway bagi Sabah dan Sarawak adalah diumumkan pada masa yang sama, iaitu pada 7 Oktober 2014 oleh Datuk Seri Najib Razak, Menteri Kewangan pada masa tersebut, dalam pembentangan Bajet 2015.

Advertisement

“Sekiranya jawapan Timbalan Menteri adalah benar (projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Fasa 1 yang telah dilaksanakan bermula pada tahun 2015 manakala projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1 mula dilaksanakan pada Julai 2016), persoalannya mengapakah perlaksanaan pembinaan Pan Borneo Highway bagi Sabah adalah satu tahun lebih lambat daripada Sarawak sekiranya kedua-duanya diumumkan pada masa yang sama?

“Apakah yang membolehkan projek dilaksanakan dengan lebih awal di Sarawak? Apakah yang menyebabkan kelewatan di Sabah? Adakah terdapat isu pengambilan tanah di mana ianya lebih senang mengambil tanah di Sarawak?

“Adakah ianya masalah ketiadaan kontraktor yang sesuai di Sabah?, soalnya.

Advertisement

Chan turut mempersoalkan sama ada kelewatan disebabkan ketidakcekapan kerajaan ataupun sikap tidak mengambil berat pembinaan Pan Borneo Highway.

“Jawapan-jawapan inilah yang sepatutnya diberikan oleh Timbalan Menteri supaya pihak berkuasa yang berkenaan dapat ‘learn from mistake’ dan mempercepatkan pembinaan Pan Borneo Highway di Sabah.

“Keduanya, Timbalan Menteri membangkitkan bahawa perbezaan peratusan siap adalah disebabkan “jarak laluan lebuh raya juga berbeza”.

Advertisement

“Jawapan Timbalan Menteri ini adalah tidak masuk akal langsung di mana Perdana Menteri pada pembentangan Bajet 2015 berkata, kerajaan akan membina Pan Borneo Highway membabitkan jajaran Sarawak sepanjang 936 kilometer dan jajaran Sabah sepanjang 727 kilometer.

“Jelasnya jajaran Sabah adalah lebih pendek berbanding dengan Sarawak. Adakah Timbalan Menteri ingin menyatakan bahawa jarak yang lebih pendek akan mengambil masa yang lebih panjang untuk dibina? Ini jawapan yang sememangnya bukan jawapan langsung.

“Ketiga, Timbalan Menteri juga membangkitkan bahawa perbezaan peratusan siap adalah disebabkan oleh Covid-19?

Advertisement

“Jawapan ini sudah tentu tidak terpakai sebab tidak wujud Covid-19 di antara 2015 hingga Julai 2016.

“Kemudiannya, Covid-19 adalah melanda Sarawak juga, dan oleh yang demikian, Covid-19 sebagai alasan kelewatan membina Pan Borneo Highway adalah tidak boleh diterima sama sekali,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top