BM | EN | 中文

Lebih setahun pandemik Covid-19, tak nampak usaha penyelesaian konkrit oleh kerajaan

Zainuzabha-Baharom-AMANAH.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 27 JUN: Kerajaan dilihat masih gagal menangani masalah dihadapi rakyat meskipun lebih setahun pandemik Covid-19 melanda negara.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Zainuzabha Baharom berkata, keadaan rakyat semakin kritikal akibat pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang lemah.

Katanya, kerajaan dilihat membiarkan nasib rakyat ditentukan oleh mereka sendiri.

Advertisement

“Rakyat hilang punca pendapatan. Ada di antara mereka yang terpaksa mengikat perut kerana pendapatan berkurangan.

“Keadaan sosial dilihat semakin runtuh. Ini keadaan yang berbahaya.

“Kerajaan dilihat seperti membiarkan kesengsaraan dihadapi rakyat ditanggung rakyat sendiri tanpa tindakan yang konkrit,” jelasnya.

Advertisement

Beliau turut mengulas nasib peniaga kecil yang terpaksa menerima impak negatif susulan pelaksanaan PKP yang tidak berkesudahan.

“Lebih setahun PKP dilaksanakan dan dilihat memakan masa untuk ditamatkan. Kes baharu Covid 19 tetap tinggi dengan angka yang tidak surut.

“Perancangan jangka masa pendek dan panjang untuk memulihkan keadaan sehingga kini masih belum dipraktikkan secara serius.

Advertisement

“Ini membuatkan tahap ketahanan rakyat semakin menipis dan masalah sosial akan terus meningkat,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top