BM | EN | 中文

Lebih sembilan jam padam kebakaran bangunan lama di Mersing

kebakaran-endau-mersing.jpg

Ganbar Ehsan FB Kami Anak Endau

Advertisement

MERSING, 1 JUN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa lebih sembilan jam, untuk memadam kebakaran tujuh unit bangunan kedai dua tingkat di Jalan Datuk Mohd Ali, Kampung Tanjong, Endau, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata, insiden awal pagi tadi itu turut melibatkan sebuah kereta Proton Wira yang musnah 90 peratus, selain sebuah surau yang terbakar kira-kira 60 peratus, namun tiada kemalangan jiwa direkodkan.

Beliau berkata Pusat Gerakan Operasi Johor, menerima panggilan kecemasan melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) pada pukul 5.49 pagi semalam.

Advertisement

Susulan itu, tiga jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT), dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta dua kenderaan utiliti dari BBP Endau, BBP Mersing dan BBP Rompin, serta Pasukan Bomba Sukarela Endau melibatkan kekuatan 51 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Dua unit rumah dan pasar lama yang berada di bahagian belakang deretan kedai berkenaan berjaya diselamatkan, termasuk tiga unit kedai perkakasan, sebuah kedai gunting rambut, sebuah kedai kasut dan sebuah kopitiam.

“Api berjaya dikawal dalam tempoh setengah jam, namun operasi pemadaman mengambil masa yang panjang disebabkan bangunan lama yang berstruktur kayu daripada jenis (mudah terbakar).

Advertisement

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3.27 petang tadi,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam sambil memaklumkan puca kejadian masih disiasat.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top