BM | EN | 中文

Lebih satu jam padam longgokan barangan kitar semula terbakar

IMG-20191225-WA0007.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 DIS : Bomba mengambil masa lebih satu jam untuk memadamkan kebakaran membabitkan longgokan barangan kitar semula di Jalan Belati 2 Kempas Lama, malam tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Kamil  Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 11.57 malam.

Katanya, seramai 19 anggota bersama dua  jentera dan sebuah water tanker dari BBP Johor Jaya dikejarkan ke lokasi.

Advertisement

Turut memberi bantuan adalah 10 anggota dari balai bantuan BBP Tebrau dengan sebuah jentera dan kenderaan EMRS.

“Ketika sampai di lokasi didapati benar berlaku kebakaran barang kitar semula di dalam stor jenis struktur terbuka berkeluasan 80×40 kaki.

“Bagaimanapun kebakaran berkenaan tidak melibatkan struktur bangunan. Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan 200 kaki air daripada pam jentera.

Advertisement

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca dan anggaran masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada jam 1.25 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top