BM | EN | 中文

LEBIH RM5.48 JUTA PERUNTUKAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN

gmbr-fail-cai-tung-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 25 NOV : Kerajaan negeri menyediakan peruntukkan lebih RM5.48 juta untuk pembangunan sektor pelancongan pada tahun ini.

Manakala, lebih RM6.48 juta peruntukkan disediakan kepada Tourism Johor untuk pembangunan bagi sektor pelancongan pada tahun lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung, peruntukan ini digunakan bagi menjalankan kerja-kerja promosi produk pelancongan, naiktaraf kemudahan infrastruktur di destinasi pelancongan dan sebagainya.

Advertisement

“Sepanjang tahun 2017, negeri Johor telah menerima kehadiran pelawa seramai 14.44 juta orang, manakala jumlah pelancongan bermalam pula adalah seramai 7.41 juta orang.

Statistik pada tahun lalu meningkat kepada 15.84 juta dan jumlah pelancong bermalam pula turut meningkat kepada 7.62 juta orang. Statistik ini menunjukkan peningkatan antara tiga hingga lima peratus setiap tahun.

“Bagi tahun ini, kerajaan Johor menetapkan sasaran kehadiran pelawat seramai 16.6 juta orang dan pelancong bermalam seramai 8 juta orang berdasarkan unjuran lima peratus,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (BN-Penawar) pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Sharifah Azizah bertanya tentang jumlah peruntukkan yang telah digunakan untuk menaikkan kadar pelancongan di negeri ini dan berapa pulangan balik yang telah diperolehi sepanjang tahun 2018 dan 2019.

Cai Tung yang juga Adun Johor Jaya berkata, Johor telah menerima manfaat dari segi pulangan balik dari bentuk perbelanjaan pelancongan berjumlah RM23.43 bilion pada tahun 2017 dan RM24.8 bilion pada tahun lalu.

Advertisement

“Maka, kerajaan negeri telah menetapkan sasaran perbelanjaan pelancongan sebanyak RM26.04 bilion pada tahun ini,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri telah menetapkan sasaran kehadiran pelawat seramai 18.4 juta dan 8.4 juta pelancong bermalam di negeri ini menerusi Tahun Melawat Johor 2020 pada tahun depan.

“Dengan sasaran berkenaan, kerajaan negeri juga telah menetapkan sasaran perbelanjaan pelancongan sebanyak RM27.32 bilion sepanjang tahun depan,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top