BM | EN | 中文

Lebih RM4 juta diperuntuk Lembaga Zakat Selangor sedia bantuan persekolahan asnaf di Kuala Selangor

LZS-3611-keluarga-asnaf-Kuala-Selangor-terima-bantuan-persekolahan.png

Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) memegang plakad sumbangan persediaan persekolahan anak asnaf di Kuala Selangor (Gambar Ehsan Facebook LZS)

Advertisement

SHAH ALAM, 20 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sejumlah RM4.188 juta bagi membantu persediaan persekolahan 3,611 keluarga asnaf di Kuala Selangor.

Agensi berkata sumbangan berbentuk bayaran yuran serta pembelian peralatan sekolah diberikan kepada asnaf yang mempunyai tanggungan anak bersekolah tahun depan.

“Jumlah penerima membabitkan 2,662 keluarga miskin, 914 keluarga fakir serta 36 dari kategori mualaf,” katanya lapor SelangorKini.

Advertisement

“Semoga dengan bantuan ini, anak-anak asnaf mampu mengikuti sesi persekolahan dengan sempurna dan akan menjadi pembayar zakat suatu hari nanti,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top