BM | EN | 中文

Lebih RM100 juta pelbagai bayaran faedah PERKESO di Johor bagi 2019

Dr-Mohammed-Azman-Aziz-Mohamed.jpg

Dr Mohammed Azman Aziz Mohamed

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JAN: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membelanjakan kira-kira RM100.5 juta untuk pembiayaan pelbagai faedah kepada pencarum di negeri Johor yang melibatkan 31,512 kes bagi sepanjang tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohamed berkata, badan itu melakukan pelbagai pembaharuan dalam perlindungan keselamatan dimulai dengan peluasan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

“Majoriti bayaran faedah adalah untuk kes melibatkan Hilang Upaya Kekal iaitu hampir RM54.1 juta, dengan bilangan kes tertinggi dikendalikan PERKESO Johor Bahru, iaitu 1,551 kes.

Advertisement

“Untuk tahun ini, PERKESO akan meneruskan pelbagai program publisiti dan promosi bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai dan pemimpin masyarakat tentang kepentingan perlindungan keselamatan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama anak yatim, ibu tunggal dan penerima faedah PERKESO peringkat kebangsaan di Double Tree, Hotel Hilton di sini, semalam.

Tambah beliau, PERKESO Johor turut menyediakan perkhidmatan melalui lima buah pejabat cawangannya iaitu di Johor Bahru, Muar, Segamat, Kluang dan Batu Pahat.

Advertisement

“Untuk tahun ini, PERKESO akan meneruskan pelbagai program publisiti dan promosi bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai dan pemimpin masyarakat tentang pentingnya perlindungan keselamatan sosial,” katanya lagi.

Dalam pada itu katanya, kempen keselamatan dan kesihatan termasuk Vision Zero dan amalan gaya hidup sihat yang dianjurkan oleh PERKESO akan terus dipergiatkan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top