BM | EN | 中文

Lebih RM1.7 juta kompaun berkaitan denggi dikeluarkan di Johor

fogging-cegah-denggi-aedes.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 DIS: Sebanyak 3,484 kompaun berjumlah RM1.74 juta telah dikeluarkan kepada pemilik-pemilik premis di Johor sejak awal tahun hingga 12 Disember lepas atas kesalahan membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, daripada jumlah kompaun dikeluarkan, hanya 74.2 peratus telah dibayar.

Katanya, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 11,267 kes denggi telah dicatat yang merupakan peningkatan sebanyak 7.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Advertisement

“Bermula minggu epid pertama hingga minggu epid ke-50 tahun ini, sebanyak 11,267 kes denggi direkodkan berbanding 10,490 kes dalam tempoh sama pada tahun 2019.

“Berdasarkan jumlah itu, Johor Bahru merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 77.9 peratus diikuti Kulai (8.1 peratus),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kata beliau, minggu epid ke-50 yang bermula dari 6 hingga 12 Disember lalu tidak mencatatkan sebarang kematian, menjadikan kes kematian kekal sebanyak 42 kematian berbanding 29 kes dalam tempoh sama, tahun lalu.

Advertisement

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjalankan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar rumah mereka.

Ini kerana penemuan tempat pembiakan nyamuk aedes baharu menunjukkan masyarakat belum peka dengan risiko ancaman wabak berkenaan, katanya.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top