BM | EN | 中文

Lebih ramai ahli parlimen Perikatan Nasional dapat jawatan GLC

Shahbudin-Yahaya-Anyi-Ngau-Ahmad-Johnie-Zawawi.png

Dari kiri: Shahbudin Yahaya, Anyi Ngau dan Ahmad Johnie Zawawi

Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Tiga lagi ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) telah dilantik memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sejak beberapa hari lalu.

Antaranya Shahbudin Yahaya, ahli parlimen dari Tasek Gelugor dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan yang menguruskan program perladangan dan pengurusan ladang.

Pengerusi sebelumnya ialah tokoh korporat Mohamad Nageeb Ahmad Abdul Wahab.

Advertisement

Manakala Anyi Ngau, ahl parlimen Baram dari PDP dilantik sebagai pengerusi Lembaga Koko Malaysia (MCB), sebuah agensi persekutuan yang diletakkan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Anyi menggantikan ahli politik Jonathan Yasin, yang kini menjadi timbalan menteri dalam negeri kedua.

Jonathan ialah MP Ranau yang juga anggota PKR sehingga akhir Februari lalu apabila berpaling tadah dan bergabung dengan Bersatu membentuk kerajaan PN.

Advertisement

Selain itu, Ahmad Johnie Zawawi ahli parlimen Igan dari PBB pula dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif Indah Water Consortium (IWK) minggu lalu.

Syarikat ini dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan ditugaskan untuk mengurus sisa buangan dan Johnie menggantikan tokoh korporat Amiruddin Abdul Aziz.

Advertisement

Menurut laporan Malaysiakini, pelantikan ini menunjukkan 82.3 peratus daripada 113 anggota parlimen PN telah dilantik memegang jawatan dalam kabinet, timbalan menteri, GLC atau dilantik sebagai diplomat khas.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top