BM | EN | 中文

Lebih baik sambut agenda penyatuan pembangkang – Pemuda Amanah Johor

Muhammad-Taqiuddin-Cheman-Adun-Pulai-Sebatang.png
Advertisement

PONTIAN, 16 DIS: Pembangkang di Dewan Rakyat dicadangkan untuk menyambut agenda penyatuan bagi mengukuhkan kerjasama berhadapan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman berharap gabungan besar dapat diwujudkan dan meyakinkan pengundi untuk memberikan kepercayaan kepada blok pembangkang untuk menerajui semula negara ini.

“Kita harus akui semua parti terdapat pengaruh masing-masing. Apa yang berlaku di Dewan Rakyat membuktikan kesepakatan boleh berlaku bukan sahaja dalam PH (Pakatan Harapan) malah dengan parti pembangkang lain.

Advertisement

“Inilah masanya yang terbaik untuk dipertimbangkan cadangan ini bagi menyelamatkan rakyat yang mengharapkan suara terkuat bagi mengimbangi keadaan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15.

“Gabungan ini saya yakin dan percaya akan berjaya membawa serta menanam semula keyakinan pengundi dalam PRU ke-15 nanti,” ujarnya.

Beliau yang juga Adun Pulai Sebatang turut mengajak agar semua pimpinan memberikan fokus kepada gerak kerja pilihanraya.

Advertisement

“Saya rasa cukup sampai hari ini (semalam) usaha mendapatkan kerajaan. Strategi baharu perlu dibuat bagi mendapatkan keyakinan rakyat semula.

“Apa yang penting sekarang suara rakyat yang mahu mencari pembela nasib apatah lagi hari ini mereka teruk berhadapan kesempitan ekonomi.

“Saya harapa PH dan blok pembangkang fokus semula. ‘Numbers’ kita telah terbukti hanya ada 108 dan tidak mampu untuk membentuk kerajaan.

Advertisement

“Fokus usaha membantu rakyat,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top