BM | EN | 中文

“Lebih baik guna RM85 juta peruntukan JASA beli komputer riba untuk pelajar sekolah” – MP Kulai

Teo-Nie-Ching-1.jpg
Advertisement

KULAI, 11 NOV: Ahli parlimen Kulai Teo Nie Ching mencadangkan agar RM85.5 juta peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) diganti dengan pembelian peranti seperti komputer riba atau tablet untuk digunakan pelajar sekolah bagi mengikuti pembelajaran dalam talian.

Beliau menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya mengenepikan agenda politik dan memberi keutamaan kepada pembangunan modal insan serta pembelajaran murid-murid yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19.

“Kalau kita beli tablet berharga RM600 hingga RM800, kita akan dapat 103,875 hingga 142,500 unit untuk murid-murid kita,” kata Nie Ching dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Menurutnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjalankan Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara Dalam Talian pada 28 Mac hingga 2 April 2020 yang lalu.

“Kajian ini melibatkan 670,118 responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 murid.

“Dapatan menunjukkan 36.9 peratus murid tidak mempunyai sebarang peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Advertisement

“Dapatan juga menunjukkan sebahagian besar murid tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian dengan berkesan kerana tidak memiliki peranti bersesuaian.

“Terdapat juga kekangan akses internet dan keadaan ini menyebabkan pembelajaran tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada semua murid.

“Kita mempunyai keseluruhan 4.7 juta orang murid yang belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekiranya 37 peratus daripada jumlah ini tidak mempunyai sebarang peranti bagi mengikuti pembelajaran dalam talian, ini bermakna 1.7 juta unit peranti diperlukan.

Advertisement

“150,000 murid yang bakal menerima komputer riba berbanding 1.7 juta unit peranti yang diperlukan? Apakah usaha lain KPM untuk mengatasi isu ini? soalnya.

Nie Ching turut mengulas kenyataan Menteri Kewangan bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC dan GLIC) akan menyumbang RM150 juta kepada tabung CERDIK dengan 150,000 murid di 500 sekolah dijangka menerima komputer riba bagi memudahkan proses pembelajaran dalam talian sebagai projek rintis.

Katanya, ia adalah inisiatif bagus. namun agak lambat dan terlalu sedikit.

Advertisement

Justeru itu, Nie Ching mencadangkan untuk menggunakan peruntukan JASA yang berjumlah RM85.5 juta itu dan diserahkan kepada KPM untuk pembelian peranti.

“Seperti yang disebut oleh Menteri Kewangan dalam ucapan beliau Jumaat yang lalu, matlamat pertama Belanjawan 2021 adalah Kesejahteraan Rakyat,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top