BM | EN | 中文

“Lebih baik Dr Adham Baba dengan hormat letak jawatan”

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 12 JAN: Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba didesak untuk meletakkan jawatannya selepas gagal menangani pandemik Covid-19.

Perkara itu dizahirkan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman, yang bertegas mahu menteri itu melepaskan jawatannya kerana gagal menangani isu pandemik Covid-19.dengan berkesan.

“Apa yang berlaku hari ini jelas. Rakyat sudah melihat fungsi Menteri Kesihatan seperti kelam dan tidak mendatangkan apa-apa kesan yang baik.

Advertisement

“Rakyat melihat keberkesanan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sahaja.

“Lebih baik beliau (Adham) dengan hormat melepaskan jawatan tersebut.

“Beliau bukan sahaja tidak berfungsi malah dilihat sebagai bebanan apabila negara terpaksa membayar gaji yang tinggi kepadanya,” kata Taqiuddin ketika dihubungi.

Advertisement

Adun Pulai Sebatang berkata, selain Dr Adham Baba yang dilihat gagal berfungsi, peranan dua timbalan menterinya turut dipertikaikan.

Tambahnya, beliau sependapat dengan pandangan umum yang mahu melantik Dr Noor Hisham sebagai Menteri Kesihatan.

“Lebih baik jadikan Dr Noor Hisham sebagai Menteri Kesihatan berbanding yang sedia ada hari ini. Tapi perkara itu mustahil untuk dilakukan.

Advertisement

“Ini kerana jawatan tersebut diberikan kepada Adham sebagai tali pengikat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (Tan Sri) terhadap kabinetnya.

“Itulah yang perlu dibayar oleh rakyat apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih negara ini dan pastinya rakyat akan berhadapan dengan kabinet yang mandul serta tidak berfungsi dengan baik sepanjang pemerintahan mereka,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top