BM | EN | 中文

Lebih 93,000 individu lengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19

Dr-Adham-Baba.jpg

Dr Adham Baba (Gambar Ehsan The Star)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 MAC: Seramai 93,557 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat Khamis, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Katanya, Sarawak mencatat jumlah individu teramai telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 iaitu 11,017 diikuti Kelantan (10,726) dan Kuala Lumpur (10,662).

Seterusnya, Pahang (8,639), Perak (8,164), Johor (7,955), Selangor (6,355), Kedah (5,009), Terengganu (4,649), Negeri Sembilan (4,140), Pulau Pinang (3,855), Melaka (3,544), Sabah (3,220), Putrajaya (2,010), Labuan (1,759) dan Perlis (1,853).

Advertisement

Beliau berkongsi maklumat berkenaan menerusi satu infografik yang dimuat naik di laman Twitter rasminya semalam.

Dr Adham berkata untuk tempoh sama, seramai 443,124 individu direkodkan telah menerima dos pertama dengan Selangor mencatat jumlah teramai iaitu 62,418 orang, diikuti Perak (49,535) dan Sabah (41,738).

Seterusnya Kuala Lumpur (38,645), Sarawak (36,385), Pahang (33,399), Johor (33,061), Pulau Pinang (31,740), Kedah (26,316), Negeri Sembilan (21,833), Terengganu (20,503), Kelantan (19,802), Melaka (11,248), Perlis (9,533), Putrajaya (4,622) dan Labuan (2,346).

Advertisement

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Feb itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top