BM | EN | 中文

Lebih 90,000 individu di Selangor sertai saringan komuniti setakat semalam

Lebih-90000-individu-sertai-Saringan-Komuniti-setakat-semalam.jpg

Orang ramai beratur menunggu giliran untuk membuat saringan Covid-19 percuma di Kompleks Muhibbah Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 4 Jun 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 6 JUN: Seramai 90,363 rakyat negeri ini telah menyertai Saringan Komuniti Covid-19 dilaksana Kerajaan Negeri setakat semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, angka dicatat itu melepasi sasaran ditetapkan untuk program secara percuma itu.

“Jumlah ini telah melangkaui sasaran awal iaitu 50,000 individu. Terima kasih pada mereka yang hadir dan memberi kerjasama sewaktu proses saringan,” kata Amirudin Shari, lapor SelangorKini.

Advertisement

Sejak 8 Mei sehingga 10 Jun, Kerajaan Negeri menjalankan program pengawasan wabak secara aktif melalui Saringan Komuniti di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Setakat semalam, ia telah dijalankan melibatkan 46 DUN di Selangor.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top