BM | EN | 中文

Lebih 9,000 kunjungi Selangor Fruit Valley sejak dibuka September

Lebih-9000-kunjungi-Selangor-Fruit-Valley-sejak-dibuka-September.jpg

Sekumpulan pengunjung dibantu petugas menjelajah sekitar kawasan Selangor Fruit Valley (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 26 OKT: Seramai 9,698 pengunjung melawat Selangor Fruit Valley (SFV) sejak mula beroperasi pada 15 September sehingga Ahad lalu.

Pengurus Pemasaran Nor Rashidah Mohamed Raihan berkata secara keseluruhan pengunjung yang hadir pada September ialah 2,744 orang manakala Oktober sehingga kelmarin seramai 6,954 orang.

“Setakat ini rekod tertinggi pengunjung harian adalah pada 17 Oktober lalu iaitu seramai 866 pengunjung.

Advertisement

“Istimewa pada sesi operasi pembukaan ini, kita memberikan buah potong kepada setiap pengunjung yang hadir sehingga akhir tahun selain membuka satu bufet buah-buahan kepada orang ramai,” katanya, lapor SelangorKini.

SFV dibuka secara rasmi pada 15 September sebelum ditutup sementara operasi bermula 25 September sehingga 1 Oktober bagi memberi laluan kerja berkaitan.

Harga tiket yang ditawarkan adalah RM15 bagi dewasa, RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala tiket dewasa warga asing berharga RM30 dan kanak-kanak RM25.

Advertisement

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 016-6880792 selain e-mel support@pkps.gov.my atau selangorfruitsvalley@gmail.com.

SFV melibatkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top