BM | EN | 中文

Lebih 80,000 Rumah Selangorku dibina menerusi 41 projek

Lebih-80000-Rumah-Selangorku-dibina-menerusi-41-projek.jpg

Datuk Seri Amirudin Shari menyampaikan kunci rumah kepada pemilik ketika Majlis Penyerahan Kunci Rumah Selangorku Residensi Adelia, Kajang pada 2 Mei 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

KAJANG, 5 MEI: Kerajaan Selangor meluluskan pembinaan 80,650 unit Rumah Selangorku Idaman dan Rumah Selangorku Harapan menerusi 41 projek.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata daripada jumlah itu, lebih 77,000 ditawarkan kepada orang awam manakala selebihnya diberikan kepada Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan Skim Smart Sewa Kemudian Beli (2STAY).

“Menjelang akhir tahun ini juga, kita jangka ada 900 unit lagi untuk skim 2STAY namun berkapasiti kurang 1,000 kaki persegi.

Advertisement

“Kerajaan Negeri juga akan gunakan wang denda dikenakan kepada pemaju yang gagal menjual unit Bumiputera untuk membina rumah khas skim 2STAY ini,” kata Amirudin Shari.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Selangorku Residensi Adelia baru-baru ini.

Amirudin turut melawat tapak projek Rumah Idaman di Persiaran Tropicana dekat sini.

Advertisement

Terdahulu, Amirudin dilaporkan SelangorKini berkata, kelulusan projek perumahan yang lengkap dengan kemudahan membuktikan pihaknya serius membantu rakyat memiliki kediaman.

Menjelang empat tahun lagi, pihaknya yakin dapat menyediakan rumah berdaya huni dilengkapi infrastruktur untuk kegunaan masyarakat.

“Jadi lepas ini kita boleh keluar daripada gambaran negatif terhadap rumah kos rendah dengan kemudahan daif, keadaan menakutkan dan mengecewakan” katanya.

Advertisement

Menerusi Belanjawan Selangor 2021, Amirudin mengumumkan sebanyak RM20 juta bagi Program Skim Smart Sewa menggunakan dana Tabung Amanah Pengecualian Syarat Kuota Bumiputera.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top