BM | EN | 中文

Lebih 700,000 pengundi baru, AMANAH Johor perlu progresif santuni, beri penerangan

aminolhuda-hassan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 NOV: Sayap-sayap dalam parti AMANAH termasuk pemuda, Angkatan Wanita (AWAN) dan Wanita Muda (WARDA) perlu progresif menyantuni kira-kira 700,000 pengundi baru di Johor.

Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan berkata kehadiran pengundi yang didaftar secara automatik ini perlu disambut secara positif dan kempen penerangan kepada golongan itu perlu digiatkan.

“Ini satu perkara yang sangat penting kepada Pemuda, kepada AWAN dan WARDA.

Advertisement

“Kita harap kena ambil positif kerana bakal-bakal pengundi baru ini di negeri Johor sahaja lebih daripada 700,000 yang akan mengundi.

“Ada beberapa parlimen melebihi daripada 200,000 pengundi. Ada DUN melebihi 100,000 pengundi.

“Jadi sebab itu peranan pemuda untuk mendekati golongan yang baru ini, pelajar-pelajar tingkatan enam dan di peringkat kolej, di peringkat matrikulasi, tahun pertama, tahun kedua dan peringkat universiti yang kebanyakan mereka adalah pengundi automatik.

Advertisement

“Kita kena dekati mereka,” kata Aminolhuda dalam ucapan penggulungan Konvensyen AMANAH Johor disini, semalam.

Tambah beliau lagi, sayap-sayap parti AMANAH perlu memanfaatkan platform media sosial sebagai saluran penerangan parti selain dakwah.

“Saya dimaklumkan, orang muda sekarang tak tengok Facebook. Dia tengok TikTok.

Advertisement

“TikTok pun TikToklah kan. Yang penting, dakwah kita sampai kepada mereka.

“Penjelasan tentang AMANAH sampai kepada mereka supaya mereka akan bersama-sama dengan perjuangan kita ini,” kata Aminolhuda sebelum mengakhiri ucapannya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top