BM | EN | 中文

Lebih 5,000 penumpang feri diperiksa sejak 29 Januari 

IMG-20200210-WA0049.jpg

Solihan Badri melihat ujian saringan kesihatan dibuat kepada salah seorang penumpang feri di Terminal Feri Antarabangsa Kukup.

Advertisement

PONTIAN, 10 FEB: Lebih 5,000 penumpang feri yang memasuki negara ini melalui Terminal Feri Antarabangsa Kukup telah melalui ujian saringan kesihatan sejak pemeriksaan itu dibuat pada 29 Januari lalu.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata, kesemua yang diperiksa didapati sihat dan tidak menunjukkan sebarang simptom.

Katanya, secara purata, seramai 400 penumpang feri melalui terminal itu setiap hari.

Advertisement

“Terminal Feri Antarabangsa Kukup ini merupakan salah satu daripada 12 pintu masuk ke negara ini di Johor.

“Kita telah menjalankan saringan kesihatan kepada lebih 5,000 penumpang feri sejak 29 Januari lalu, kesemua mereka sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media selepas menyaksikan ujian saringan kesihatan dilakukan di Terminal Feri Antarabangsa Kukup, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah Mohd Solihan, pihaknya turut menasihati pekerja yang terlibat dalam sektor pengangkutan awam di negeri ini untuk sentiasa mengambil langkah pencegahan sewajarnya ekoran penularan jangkitan koronavirus ketika ini.

“Selain penumpang, kakitangan yang bekerja juga perlu memastikan penjagaan kebersihan peribadi diambil berat.

“Sekiranya mereka berasa tidak sihat, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan,” ujarnya.

Advertisement

Terminal Feri Antarabangsa Kukup itu menghubungkan Kukup di sini dengan Tanjung Balai, Indonesia dengan menyediakan lima perjalanan feri setiap hari.

Johorkini

Solihan Badri melihat ujian saringan kesihatan dibuat kepada salah seorang penumpang feri di Terminal Feri Antarabangsa Kukup.

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top