BM | EN | 中文

Lebih 500 pelajar IPT zon selatan disanitasi sebelum dihantar pulang

zon-selatan-sanitasi-ipt.jpg

Bagasi pelajar yang disanitasi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 MEI: Lebih 500 pelajar di lima institusi pengajian tinggi (IPT di Johor menjalani proses sanitasi sebelum pulang ke daerah masing-masing di zon selatan.

Pada operasi malam tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor telah melaksanakan Operasi Sanitasi Bas dan Bagasi Program Penghantaran Pulang Pelajar IPT di lima buah lokasi.

Lokasi tersebut adalah di Dataran Universiti Teknologi Malaysia melibatkan 296 pelajar, Politeknik Mersing (30 pelajar), UITM Segamat (39 pelajar), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) (175 pelajar) dan Politeknik Pagoh (13 pelajar).

Advertisement

“Malam tadi juga bermula pergerakan pelajarpelajar yang terkandas di Institusi Pengajian Tinggi untuk dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.

“JBPM Negeri Johor juga telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan sanitasi terhadap bas-bas yang digunakan bagi tujuan penghantaran pulang pelajar IPT ke kampung halaman termasuk bagasi pelajar.

“Operasi sanitasi dilakukan ke atas bagasi 553 pelajar, dan 70 kenderaan yang terdiri daripada bas,van, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan.

Advertisement

Pergerakan malam tadi yang melibatkan lima IPT tersebut adalah dari Johor ke negeri-negeri dalam zon selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum ini menghantar pulang seramai 3,194 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lagi melibatkan pergerakan intra-zon, yang bermula malam tadi.

Pergerakan itu melibatkan empat zon iaitu Zon Timur ke dalam Zon Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu), Zon Perak ke dalam Zon Perak, Zon Selatan ke dalam Zon Selatan (Negeri Sembilan, Johor, dan Melaka) dan Zon Sarawak ke dalam Zon Sarawak.

Advertisement

KPT akan menghantar pulang 1,029 pelajar di Zon Timur, 519 pelajar di sekitar Perak, 1,366 pelajar dalam Zon Selatan ke Zon Selatan dan 280 pelajar dalam Zon Sarawak ke Zon Sarawak.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top