BM | EN | 中文

Lebih 500 gelandangan di JB, TMJ titah wujudkan pusat transit sementara

tmj-gelandangan-johor-bahru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 JUL: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah agar kerajaan segera mewujudkan pusat transit gelandangan sementara kepada golongan itu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Baginda bertitah, kewujudkan pusat transit gelandangan di Johor Bahru itu perlu dipercepatkan agar mereka yang hidup gelandangan ini mendapat tempat tinggal yang lebih selesa dan bantuan dari segi makanan dan kesihatan dapat disampaikan.

“Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, mereka yang hidup gelandangan ini adalah antara golongan yang paling terdedah kepada jangkitan virus Covid-19 kerana mereka terpaksa tinggal di tepi-tepi jalan atau di tempat awam.

Advertisement

“Saya juga menitahkan agar rumah gelandangan sementara diwujudkan dengan segera.

“Dengan adanya rumah gelandangan sementara, maka risiko jangkitan akan menurun dan mereka juga dapat divaksinasi sambil diberi sokongan yang sepenuhnya untuk kembali kepada kehidupan normal.

“Mereka juga manusia dan berhak untuk menjalani hidup yang bermaruah,” titah baginda menerusi hantaran di laman Facebook rasmi baginda semalam.

Advertisement

Terdahulu, baginda memetik laporan media baru-baru ini yang mendedahkan terdapat lebih 500 orang yang hidup secara gelandangan di pusat bandaraya Johor Bahru.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top