BM | EN | 中文

Lebih 4,000 pemandu teksi di Selangor bakal terima bantuan makanan

teksi-taxi-selangor.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

SHAH ALAM, 25 JAN: Lebih 4,000 pemandu teksi di Selangor yang mengalami kemerosotan pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka mendapat manfaat bakul makanan melalui Pakej Kita Selangor.

Yang dipertua Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) berkata bantuan itu membuktikan keprihatinan kerajaan Selangor dalam membela nasib golongan yang dihimpit kesusahan ekoran pandemik Covid-19.

“Kita bersyukur dan berterima kasih kepada pimpinan Kerajaan Selangor kerana simpati terhadap pemandu teksi yang sememangnya amat mengharapkan sumbangan seperti ini disalurkan.

Advertisement

“Industri teksi antara yang terjejas teruk sejak perintah itu dilaksanakan kerana perkhidmatan ini bergantung pada sektor pelancongan tetapi malangnya aktiviti tersebut tidak dibenarkan,” kata Kamarudin Mohd Hussain, lapor SelangorKini.

Pada 20 Januari lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM1.3 juta untuk pelaksanaan bantuan Bakul Makanan kepada penduduk Selangor yang terjejas susulan pandemik.

Beliau ketika memaklumkan sumbangan diagih kepada pemandu teksi, bas sekolah, penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pemandu lori KDEB Waste Management (KDEBWM).

Advertisement

Sementara itu, Kamarudin turut meminta kerajaan Selangor mempertimbang permohonan bantuan wang tunai secara terus (one-off) yang dikemukakan pada April tahun lalu.

Menurutnya inisiatif tersebut mampu memberi kelegaan berikutan kebanyakan pemandu teksi ketiadaan sumber pendapatan selain melakukan pekerjaan tersebut.

“Jadi, kita mengharapkan ada sesuatu seperti di beberapa negeri lain dan percaya kerajaan Selangor akan terus melihat kebajikan kami,” katanya lagi.

Advertisement

Beliau turut memaklumkan jumlah pemandu teksi di Selangor yang terpaksa meninggalkan kerjaya dalam perkhidmatan itu mencecah 14,000 orang sejak pandemik melanda negara selain dimonopoli sektor e-panggilan.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top