BM | EN | 中文

Lebih 4,000 kes, usaha kekang penularan denggi di Johor

demam-denggi-nyamuk-aedes.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JUL: Kerajaan negeri mahu memberi tumpuan kepada usaha mengekang penularan kes denggi di negeri ini berikutan jumlah kes yang dilaporkan melebihi 4,000 setakat Januari sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata sehubungan itu, pihaknya mengambil pendekatan untuk memperbanyakkan lagi kempen dan program bagi tujuan itu dalam masa terdekat.

Katanya, angka kes yang dilaporkan itu bukanlah jumlah yang kecil dan semua pihak termasuk masyarakat perlu memainkan peranan.

Advertisement

“Daerah paling tinggi kes denggi adalah Johor Bahru,” katanya kepada pemberita selepas melawat sepasang suami isteri yang mengalami masalah kesihatan bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Perkeso Johor Tong Sing Chuan.

Menurut Jabatan Kesihatan Johor, terdapat 90 lokasi wabak terkawal di negeri ini.

Advertisement

Manakala tiga lokasi wabak tidak terkawal yang dikenalpasti iaitu di Taman Impian Emas Johor Bahru, Taman Dahlia Johor Bahru dan Kawasan Industri Kota Puteri.

Bagi rekod minggu Epid dari 26 Jun sehingga 4 Julai, terdapat 51 kes denggi harian, 148 (mingguan) dengan kumulatif kes semenjak awal tahun sebanyak 5,255 kes.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top