BM | EN | 中文

Lebih 40 peratus penduduk Selangor lengkap dua dos vaksin

amirudin-shari-vaksin-selangor-gambar-hiasan.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan Utusan Online)

Advertisement

SHAH ALAM, 12 OGOS: Seramai 2.09 juta atau 44.4 peratus daripada penduduk yang memohon vaksin lengkap menerima dua dos pelalian Covid-19 setakat pagi ini, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau memaklumkan 5.76 juta dos diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan 3.66 juta atau 77.17 peratus menerima dos pertama.

“Manakala bagi program Vaksin Selangor (Selvax) sebanyak 270,696 dos vaksin diberikan dan 70,138 lengkap menerima dua dos suntikan.

Advertisement

“Kita mengikut pelan yang direncana dan akhir Ogos atau September dapat lihat keputusan vaksinasi iaitu penurunan kes bagi kategori tiga hingga lima selain berada di landasan betul menuju ke fasa pemulihan seterusnya,” katanya, lapor SelangorKini.

Amirudin berkata demikian dalam sidang media khas berkenaan status dan usaha terkini vaksinasi di Selangor secara maya hari ini.

Pada 16 Julai, Amirudin berkata semua warga Selangor yang mendaftar akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos.

Advertisement

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan kerajaan Selangor kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memberi manfaat kepada 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top