BM | EN | 中文

LEBIH 3,400 UNIT RUMAH DAN KOMERSIAL DITAWAR DALAM SIRI KETIGA MYRUMAH 2019

MyRumah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 OGOS: 13 syarikat termasuk lapan pemaju hartanah menyertai Pameran Hartanah MyRumah 2019 di Johor Bahru yang bermula hari ini hingga Ahad dengan lebih 3,400 unit rumah dan hartanah komersial ditawarkan, menjadikannya pameran terbesar MyRumah setakat ini.

Antara pemaju berprestij yang menyertai pameran kali ini termasuklah Bukit Pelali Properties, Dinasti View, Guocoland, Johor Land, Seri Alam dan Uda Land (South) yang mempamerkan projek baharu di sekitar Johor, termasuk di daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang.

“Berdasarkan keadaan sentiment pasaran yang positif, saya yakin akan potensi sektor perumahan domestik dan juga dalam negeri,” Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad bercakap ketika menyempurnakan majlis pelancaran pameran tersebut.

Advertisement

Majlis Perasmian tersebut berlangsung di Komtar, JBCC di Johor Bahru yang turut disertai oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Disamping itu, Dzulkefly, yang juga Adun Kota Iskandar berkata dua projek yang telah dirancang di negeri Johor; Sistem Transit Aliran Johor Bahru-Singapura (RTS) dan Transit Aliran Bas Iskandar Malaysia (RBS) juga akan menyumbang kepada penambahbaikkan sistem perhubungan antara bandar.

“Adalah menjadi matlamat kerajaan negeri untuk membangunkan Johor secara holistik sebagai sebuah bandar yang moden dan progesif, tanpa menyisihkan mana-mana komuniti sama ada di luar atau di dalam bandar,” katanya lagi.

Advertisement

Pengunjung Pameran Hartanah MyRumah 2019 berpeluang untuk mendapat tawaran menarik harga promosi, diskaun, serta rebat khas yang ditawarkan secara ekslusif oleh pemaju melalui pameran yang akan berakhir Ahad ini.

 

Johorkini

Advertisement

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top