BM | EN | 中文

Lebih 3,000 pengunjung banjiri Hutan Lipur Gunung Ledang

Lebih-3000-pengunjung-banjiri-Hutan-Lipur-Gunung-Ledang.jpg

Gambar Ehsan FB Komuniti Johor

Advertisement

MUAR, 18 OKT: Lebih 3,000 pengunjung membanjiri air terjun Hutan Lipur Gunung Ledang di sini, semalam untuk beriadah susulan hujung minggu pertama selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan sejak Isnin lalu.

Tinjauan mendapati, pengunjung membanjiri kawasan air terjun seawal jam 7 pagi dan semakin ramai pengunjung tiba menjelang tengah hari sekali gus menyebabkan kesesakan berlaku di pintu masuk utama kerana pertambahan kenderaan.

Pengunjung, Haslinda Kamal Mustafa, 30, dari Kem Batu Muda Gombak, berkata beliau mengambil kesempatan mengunjungi Gunung Ledang berikutan pulang ke kampung halaman di FELDA Palong Timur 2 Segamat, sejak Sabtu.

Advertisement

Katanya, selepas hampir setahun tidak pulang ke kampung halaman, beliau bersama suami, dua anak dan lima ahli keluarga yang lain mengambil peluang beriadah bersama-sama di situ.

“Kami bergerak jam 7.30 pagi dan tiba jam 9 pagi, namun tidak menjangkakan pengunjung terlalu ramai.

“Bimbang pengunjung yang ramai, saya dan keluarga memutuskan naik ke tingkat air terjun yang atas sedikit kerana tidak terlalu sesak dah penuh.

Advertisement

“Kami pun sentiasa berwaspada dan menjaga prosedur operasi standrd (SOP), malah syarat hanya pengunjung sudah lengkap vaksin dibenarkan masuk ke air terjun memang memberi kelegaan juga,” katanya, lapor Berita Harian.

Sementara itu, pengunjung Ismail Ali, 43, berkata beliau turut terkejut melihat terlalu ramai mengunjungi Gunung Ledang, semalam.

Katanya, beliau menjangkakan Ahad tidak ramai pengunjung berkunjung ke situ berikutan ia adalah hari kerja untuk warga Johor.

Advertisement

“Saya dan keluarga mula bergerak dari Pasir Gudang jam 4 pagi tadi supaya tidak bertembung ramai pengunjung.

“Namun apabila sampai jam 7 pagi tadi, pengunjung memang sudah ramai.

“Oleh kerana sudah sampai, kami pergi juga berkelah sekejap dan akan segera pulang sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top