JOHOR BAHRU , 22 SEPT : Program Ceramah Perdana Bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang berlangsung Khamis lepas telah menarik lebih 3,000 orang.
Keberangkatan Baginda Tuanku Permaisuri ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, turut diiringi oleh Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.
Ceramah bertajuk “Generasi Berhemah, Generasi Cemerlang” disampaikan oleh penceramah terkenal, Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.
Johorkini