BM | EN | 中文

Lebih 30 keluarga telah ambil pek #SimpangTakLapo di pejabat parlimen Simpang Renggam

Simpang-Tak-Lapo-1.jpg
Advertisement

KLUANG, 4 NOV: Lebih 30 keluarga telah mula mengambil pek barangan dapur di pejabat Parlimen Simpang Renggam setelah projek #SimpangTakLapo! dimulakan.

Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik sebelum ini melancarkan projek #SimpangTakLapo! dan menawarkan pek bantuan makanan kepada penduduk kawasan itu yang terkesan dan memerlukan.

“Saya menyeru kepada semua terutama penduduk kampung dan pedalaman yang sangat memerlukan untuk dapatkan segera pek barangan dapur percuma ini.

Advertisement

“Sasaran kita ialah mengedarkan pek barangan dapur ini kepada 1,000 keluarga di Simpang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak yang memerlukan bantuan perlu mengisi borang ringkas dan boleh datang mengambil pek bantuan makanan itu pada bila-bila masa.

Borang dalam talian itu boleh diisi melalui pautan berikut bit.ly/simpangtaklapo

Advertisement

Dalam pada itu katanya, sekiranya pemohon berdepan kekangan pergerakan boleh memmaklumkannya kepada pejabat parlimen dan pasukan #SimpangTakLapo! akan menguruskan penghantaran barangan tersebut ke rumah.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada portal media yang bantu menghebahkan projek penting ini.

“Cita-cita saya selaku wakil rakyat ialah tidak mahu melihat adanya insan kelaparan di Simpang Renggam,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top