BM | EN | 中文

Lebih 200 penerima sumbangan program Rice4U DUN Parit Yaani

Lebih-200-penerima-sumbangan-program-Rice4U-DUN-Parit-Yaani.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 2 NOV: Lebih 200 penerima sumbangan dalam program bantuan Rice 4 U yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Parit Yaani, disini.

Menurut Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan berkata, program yang dijalankan secara berkala ini bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan sasar di sekitar DUN Parit Yaani.

“Seramai 100 penerima sumbangan anak yatim di seluruh DUN Parit Yaani dan 30 dari DUN Parit Raja telah menerima bantuan berbentuk wang tunai.

Advertisement

“Manakala seramai 78 penerima dari golongan asnaf dan ibu tunggal yang kurang berkemampuan menerima sumbangan Rice 4U mengikut zon Broleh.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman yang sentiasa menyokong program ini.

“Terima kasih juga kepada kepada Ketua Kampung, Jawatankuasa PKWR yang terlibat serta kepada pengerusi dan jawatankuasa Masjid Broleh yang membenarkan program ini berjalan,” ujarnya.

Advertisement

Ketika ditanya sama ada program ini akan diteruskan, Aminolhuda berkata pihaknya akan berusaha untuk mencari lebih ramai lagi penerima sumbangan bagi sesi seterusnya mengikut zon yang dikenal pasti.

“Saya akan berusaha untuk memperbanyakkan lagi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“Seperti yang kita maklum, terdapat peningkatan ketika ini oleh mereka yang terkesan dengan masalah ekonomi.

Advertisement

“Untuk rekod terdapat juga nama-nama yang kami perolehi adalah nama baru, di mana mereka adalah golongan yang terkesan akibat PKP sebelum ini.

“Insya Allah, pihak kami akan berusaha mencari penyumbang serta penerima lagi dalam usaha meringankan beban penduduk di kawasan ini khususnya di DUN Parit Yaani,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top