BM | EN | 中文

Lebih 14,000 petugas barisan hadapan di Selangor terima bantuan makanan kerajaan negeri

Lebih-14000-petugas-barisan-hadapan-terima-bantuan-makanan.png

Petugas Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Langat membuat ujian saringan Covid-19 kepada pelajar SK Sungai Manggis dan SMK Sungai Manggis secara pandu lalu (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 3 FEB: Perbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor meneruskan bantuan makanan kepada kira-kira 14,162 petugas barisan hadapan di negeri itu.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat, Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan itu terbahagi kepada 9,822 petugas kesihatan dan 4,340 pasukan sekatan jalan raya (SJR).

“Bantuan dengan inisiatif Kerajaan Negeri ini bertujuan menghargai petugas terbabit bagi memerangi pandemik Covid-19” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Menurut Ahmad Azri sebanyak 12 hospital, 10 pejabat kesihatan daerah dan Jabatan Kesihatan Daerah menerima bantuan itu sejak 20 Januari lalu sehingga hari ini.

“Bagi pasukan SJR pula bantuan makanan ini sudah mula diagih 27 Januari dan diteruskan sehingga 9 Februari ini,” katanya lagi.

Pada 20 Januari lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan makanan menerusi Pakej Kita Selangor dengan peruntukan RM3 juta kepada petugas barisan hadapan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top