BM | EN | 中文

Lebih 1,200 ahli Bersatu Johor Bahru keluar parti

Bersatu-johor-bahru-keluar-parti.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 OGOS: Lebih 1,200 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Johor Bahru dari 14 cawangan mengumumkan keluar parti itu, malam ini.

Dalam kenyataan diterima Johorkini, gerakan #JomKeluar yang dilancarkan itu telah mengumpulkan seramai 1,229 ahli Bersatu bahagian Johor Bahru yang aktif dan menyerahkan surat pengisytiharan keluar daripada parti itu.

Tambah kenyataan itu lagi, 1,229 ahli yang keluar itu bersamaan kira-kira 52.6 peratus dari keseluruhan ahli Bersatu bagi bahagian Johor Bahru.

Advertisement

“Kami akan terus memberi kesedaran kepada ahli-ahli yang juga sahabat-sahabat perjuangan kami semasa PRU -14 dahulu agar terus kekal berprinsip serta kekal bermaruah.

“Bersatu hari ini tidak lagi berpegang kepada prinsip-prinsip “berani kerana benar”.

“Gerakan #JomKeluar dari Bersatu ini kami akan teruskan dari masa ke semasa,” menurut kenyataan tersebut.

Advertisement

Ahli parti Bersatu dari 14 cawangan dalam bahagian Johor Bahru yang mengumumkan keluar parti terdiri dari cawangan Stulang Baru, Skudai Kanan, Larkin, Kebun Teh, Taman Baru, Majidee Baru, Taman Abad, Pelangi, Ungku Mohsin, Uda Mahsuri, Setanggi, Sepakat, Bandar Baru Uda dan Sentosa.

Tambahnya, parti Bersatu yang ada pada hari ini telah mengkhinati pejuang-pejuang parti dan menyeru ahli yang masih berada dalam parti itu untuk menyokong Gerakan #JomKeluar ini,

“Kita pastikan PRU-15 nanti pengkhianat-pengkhianat perjuangan menerima balasan daripada rakyat,” tambah kenyataan tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top