BM | EN | 中文

Lebih 1,000 terima manfaat Jelajah Selangor Bekerja 2021

Selangor-Bekerja-2021.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 5 NOV: Seramai 1,108 warga negeri ini telah menerima manfaat menerusi dua siri Jelajah Selangor Bekerja 2021 setakat ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata jumlah itu merangkumi 239 peserta telah diterima bekerja manakala 513 orang lagi layak untuk temuduga kedua.

“Kerajaan negeri menyeru warga Selangor untuk menghadiri dan memanfaatkan program ini sebaik-baiknya.

Advertisement

“Jelajah Selangor Bekerja masih berbaki empat lokasi lagi yang akan berlangsung sekitar Selangor,” kata Amirudin Shari, lapor SelangorKini.

Katanya, mereka yang berminat boleh mengunjungi www.selangorbekerja.com.my untuk maklumat terkini.

“Semoga inisiatif ini dapat membantu rakyat mendapatkan pekerjaan dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan masing-masing,” katanya.

Advertisement

Proton, Assembly Services Sdn Bhd (UMW Toyota) dan Oldtown Kopitiam adalah antara syarikat yang menyertai program mencari pekerja ini.

Jelajah Selangor Bekerja diteruskan lagi esok dan dijadualkan berlangsung di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Selain Hulu Selangor, siri jelajah akan diteruskan di Dewan Meranti, Paya Jaras, Petaling pada 20 November ini.

Advertisement

Penganjuran Jelajah Selangor Bekerja sebelum ini diadakan di Shah Alam serta Kuala Selangor pada 23 dan 30 Oktober lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top